Sebelum Kok Na membebel tentang parut ni kan. Kok Na nak korang tau bahawasanya PARUT JERAWAT dan KESAN JERAWAT adalah 2 benda yang berbeza.
Parut Jerawat selalunya terjadi pada Jerawat yang agak teruk. Contohnya Jerawat Menanah, Merah dan Jerawat Lama yang mempunyai bakteria dan penyebab infalmasi pada kulit. Jerawat ini yang akan menyebabkan kulit kita menjadi trauma dan dalam masa yang sama ianya akan menyebabkan dinding pori kita rosak serta merosakkan kolagen yang membentuk dinding kulit kita. Makanya kita akan perasan TESKTUR kulit kita akan berubah dan ianya dikenali sebagai kecacatan tekstur kulit. Samada ianya akan berlubang, berlekuk atau berombak. Ini baru disebut sebagai Parut Jerawat. Haaa cacat kau kulit tu. Ngeri kan???
Kesan Jerawat pula adalah kesan akibat dari Jerawat yang singgah kat wajah tanpa mengubah Tekstur asal kulit. Ianya cuma akan meninggalkan kesan yang minimal pada kulit wajah. Selalunya kalau muka kita didatangi whitehead atau blackhead ianya tidak akan memberikan impak yang besar pada kesan jerawat tersebut. Cumanya kita akan perasan TONA wajah akan berubah especially pada kawasan ditumbuhi jerawat tu. Ianya terjadi akibat dari proses pigmentasi semulajadi badan kita sendiri sebenarnya.
Jom kenali Jenis Parut korang sebelum korang nak ambil apa-apa produk, supplement atau treatment ye. Semua tu nak guna duit kan? So kena la melabur pada tempat dan masa yang betul.
Parut Atrofi (Depressed Acne Scar)
Dengar nama pun dah tau semua akan DEPRESSED kalau didatangi PARUT jenis ni kan? hahahaha. Dalam kategori ni terdapat lagi anak-anak kecil parut yang berada dalam kategori yang akan membuatkan korang depressed ni.
a) Ice pick
Parut ni biasanya akan berlubang. Lubang nya pula dalam dan halus. Macam hasil tusukan jarum tu. Bila terjadinya Parut ni, kolagen semulajadi yang ada dalam kulit juga akan bekerja dengan lebih keras dan kita kena sedar semakin berusia, semkain kurang kolagen dalam badan kita. So tak mustahil parut tu akan KEKAL kat situ dan kita pun akan terus sakit mata menahan hati tengok PARUT tu walau halus. Ianya tetap menusuk bak jarum halus hingga kedasar hati.
![]() |
Ice Pick Scar * Pic Credit http://apaxmedical.com |
b) Box Scar
Ni rasa macam nak kene sedas tumbukan pada hati. Hahaha. Mana taknya, parut jenis ni ianya akan berlubang jugak tapi lubang dia besar dan jelas. Berbeza dengan lubang Ice Pick, lubang Boxscar tak berapa nak dalam. Tapi JELAS. Silap 2 batu dah nampak dah PARUT ni. Stress kan???Parut ni kalau diperhatikan bebetul berbentuk kotak. Tu sebabnya ianya diberi nama sebagai BOXSCAR.
Parut berkotak tau. So tak nak ke keluar dari kotak tu?hahaha
c) Rolling Scar
Rolling Scar ni pulak Parut yang ada Tesktur. Macam mana tu kan? Ce korang usap lembut muka. Korang yang ada Parut tu la. Kalau ianya rasa tak rata, kejap naik kejap turun macam ombak tu namanya ROLLING SCAR. Bila usap kulit tu rasa la tangan tu macam naik roller coaster. Kejap naik kejap turun. Arrgghhh tak sukaaa...
Habis satu kategori Parut ni. Ada yang lubang halus menikam kelebu, ada yang lubang bak kawah bulan ada pulak yang buat kulit kita ni macam track roller coaster. Apakah semua ni?
SEMUA NI NAMANYA PARUT ATROFI atau nama mudahnya DEPRESSED ACNE SCAR.
Harap korang tak depressed baca ye. Sebab Kok Na nak sambung bab Kategori Parut Jerawat kedua lak.
Parut Hipertrofi ( Parut Kiloid)
Berbeza dengan Parut Atrofi, parut ni terbentuk kerasan penghasilan kolagen berlebihan ketika proses penyembuhan. Tu sebab kalau ibu-ibu yang czer dan amik ikan haruan secara berlebihan akan menyebabkan parut operation tu akan jadi besar kiloid nya. Kok Na memang control pengambilan ikan haruan masa lepas czer 10 tahun dulu. Hasilnya Doktor pun tak percaya tu adalah parut czer. Sebab comel sangat. Segaris kecik je.
And yes!
Parut ni terjadi selepas kejadian penempatan Jerawat Kronik. Contohnya JERAWAT CYST. Jerawat ni akan menyebabkan inflamasi dan bakteria yang dah lama duduk dalam dasar kulit mula mengganas dan rasa sayang nak tinggalkan kulit kita. Dah sedap duk dalam tu kan.
Parut jenis ni biasanya kalau kita cepat sedar diri, boleh dibantu untuk kurangkan kewujudanya. Ambil produk yang betul dan rawatan yang tepat supaya parut tu akan dapat dihapuskan dengan kadar segera. Sebabnya kalau dah lama parut tu bertapak memang Kok Na sarankan korang pergi la buat treatment kat pusat rawatan ye.
![]() |
Kiloid * Pic Credit http://apaxmedical.com |
Pigmentation atau Kesan Perubahan Tona Kulit
Ni yang Kok Na maksudkan tadi. Biasanya kesan ni akan wujud bila ada 'tetamu tidak diundang' datang singgah kat muka. Kita mula panik. Amik langkah berjaga-jaga. Belai elok Jerawat tu. Tapi kadang tersasar jalan kita mula picit. Maka beranak pinak la jerawat tu. Dan muka kita mula makin mewah jerawatnya. Blackhead dan Whitehead mula bersarang. Kita stress. Tapi cepat tersedar dengan mendapatkan rawatan yang betul. Jerawat makin hilang tapi ianya akan meninggalkan kesan. Antaranya kesan pigmentation. Ada 3 jenis pigmentation antaranya:-
Hyperpigmentation
Ini terjadi pada kawasan yang pernah ditumbuhi jerawat. Ianya akan menyebabkan area tu menjadi tompokan coklat atau hitam.
![]() |
Hyperpigmentation * Pic Credit http://apaxmedical.com |
Hipopigmentation
Pun sama macam Hyperpigmenation tapi ianya akan memberikan kesan tompokan merah pada kawasan yang tercedera dan ianya tidak meninggalkan kesan yang lama pada kulit.
Erythema
Ianya adalah tompokan merah yang KEKAL. Selalunya ianya terjadi pada orang yang memiliki kulit muka sedikit cerah terutamanya pada kawasan pipi. Erythema ni terjadi kerana pembuluh darah kapilari pada permukaan kulit tu rosak kerana ianya akan sentiasa kembang dan merah.
![]() |
Erythema Pigmentation * Pic Credit http://apaxmedical.com |
So mana satu yang boleh dirawat kat rumah dan mana satu yang mesti dapatkan rawatan Pakar. Nanti Kok Na share lebih lagi k.
So korang dapat tak info menarik hari ni?
*DILARANG COPY&PASTE*
*KLIK SHARE BUTTON JIKA RASA ARTIKEL NI BERMANFAAT*
#kokna
#glamglitters