Jerawattttttttt...oh no TIDAKKKK...
Memang nightmare kalau bertemu dengan Miss J ni. Stress dan boleh buatkan keyakinan diri turun merudum.
Zaman Online sekarang ni macam-macam set penjagaan muka yang sesuai dan boleh menyelesaikan masalah jerawat. Tapi berkesan atau tak bergantung kepada jenis kulit dan kesesuain hormon dan jenis kulit juga.
Apa kata cuba dahulu dengan bahan semulajadi yang ada dirumah. Lebih selamat dan terjamin.
9 TIPS MUDAH HILANG JERAWAT : MESTI CUBA!
Cuba tips dibawah untuk dapatkan kulit sihat secara semulajadi.
1. Serbuk Kunyit
Blend kunyit dan ambil jus sahaja. Sapu ke seluruh muka dan biarkan 10-15 minit. Lakukan setiap malam sehingga jerawat makin mengecut dan hilang secara perlahan-lahan.
2. Jus Lemon
Perah jus lemon. Ambil kapas muka atau bebola kapas dan rendamkan sedikit didalam jus. Tekapkan pada muka selama 5-10 minit. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat.
3. Bawang putih
Bawang putih mengandungi sulfur semulajadi yang mampu mengecutkan jerawat.
Potong bawang putih kepada dua bahagian dan tekapkan pada jerawat. Biarkan sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.
4. Wap Panas (Face Steaming)
Wap panas mampu mengecutkan jerawat dan menaikkan seri wajah.
Letakkan air panas kedalam besen kecil dan lalukan wap tersebut pada jerawat dan seluruh wajah. Lakukan setiap hari untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat.
5. Kiub Ais / Pek Ais
Gelekkan ais pada wajah sebelum tidur.
Jadikan ianya rutin setiap malam. Selain dari sesuai untuk pengecutan jerawat, ianya juga merupakan rawatan terbaik untuk mengecilkan pori wajah.
6. Serbuk Kulit Kayu Manis
Campurkan sesudu madu atau jus lemon bersama dengan 2 sudu serbuk kulit kayu manis dan sapukan pada jerawat.
Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.
7. Kulit Buah Oren
Blend kulit buah oren. Ambil pes kulit buah oren dan sapukan pada jerawat
8. Jus Timun
Blend timun. Dan jadikan jus tersebut sebagai toner, sapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.
Hiris timun dan rendam dalam air suam. Biarkan beberapa minit dan minum air nya.
9. Madu
Sapu madu pada bahagian yang mengandungi jerawat
.
.
.
Kesemua bahan diatas adalah semulajadi dan selamat untuk dijadikan rutin harian.
Dengan menggunakan bahan semulajadi, ianya mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menampakkan hasil yang diingini.









No comments:
Post a Comment